‎.☆٠•●♥٠•●♥Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka. kalau sayang ayah atau suami, berubahlah, berhijrahlah ke arah lebih baik..✿(◠‿◠)✿

Saturday, 9 July 2011

insan mulia bernama ibu~

"nurse,boleh saya tgk anak saya??"

Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibu menyambut dengan senyuman meleret.Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangan ke luar tingkap.Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika.Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang lena itu merengek.Doktor bagaimanapun mengesahkan  pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan bagi si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu  bagaimana dia diejek rakan-rakan.
"Mereka kata saya cacat," katanya pada si ibu.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

'Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu.....
"Anakku,kita akan menemui doktor hujung minggu ini.Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,"kata si ayah.

Pembedahan berjalan dengan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru,kacak serta biijak.
Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.Si anak cukup seronok,bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaranya.Pada usia lewat 20-an,si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum berangkat ke luar negara,saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini,saya ingin membalas jasanya,"kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin,"balas si  ayah.
"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba,"

"Bila?"tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.Hari yang ditunggu akhirnya tiba.Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibunya tidak pernah memotong pendek rambutnya,"si ayah berbisik ke telinga anaknya.
"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik,pada ayah dia satu-satunya wanita yang paling cantik  yang pernah ayah temui.Tak percaya....? tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."



P/s:Kecantikan bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada di dunia ini,ciumlah dia,ciumlah tangannya,sentiasa minta ampun darinya,berikan senyuman kepadanya,bukan bermasam muka,kasih ibu tiada tandingannya,ingatlah...SYURGA DI  BAWAH KAKI IBU,penyesalan di kemudian hari tidak berguna,selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'I LOVE YOU,MOM!'

No comments:

Post a Comment